Setelah berkunjung ke Maybank cawangan Miri petang tadi, saya bertemu dengan salah seorang individu yang celik emas, yang ingin membeli Kijang Emas iaitu sebanyak 20keping ½ oz secara cash, 20pcs x RM2171 = RM43,420.00.
Individu tersebut juga memberi tahu saya harga untuk hari ini, iaitu 28/01/11, adalah sama dengan harga 7 bulan yang lepas, dengan itu dia tidak ingin melepaskan “golden opportunity”.
Jadi dengan RM43,420.00 hari ini anda mampu membeli Syilling Kijang dan boleh juga membeli Kereta Kancil, spec yang berqualiti tinggi. Cuma kalau Kijang ini, harga akan appreciate manakala harga kancil pula akan depreciate dari tahun ke tahun.
No comments:
Post a Comment