Bagi emas 999, 24 karat, harga pajak segram adalah RM165(Jan2011)
Contoh bagi individu yang pertama kali memajak emas di Agrobank, peratus pinjaman yang akan diberikan adalah 50% dari nilai marhum*
Bagi Kijang Emas 1/2oz @15grm(secara kasar ambil 15grm)
Nilai Marhum* = 15grm x RM165 = RM2,475
Nilai Pinjaman = Nilai Marhum* x 50% = RM1238.00
Upah simpanan bagi 6 bulan pertama (boleh dilanjutkan ke 3 bulan dan seterusnya 2 bulan)
= Nilai Marhum/RM100 x RM0.50 x 6 bulan (bagi pelanggan pertama kali)
= RM2,475/RM100 x RM.050 x 6 bulan = RM78.00
= Nilai Marhum/RM100 x RM0.65 x 6 bulan (bagi pelanggan yang datang kali kedua)
= RM2,475/RM100 x RM.065 x 6 bulan = RM102.00
= Nilai Marhum/RM100 x RM0.70 x 6 bulan (bagi pelanggan yang datang kali ketiga)
= RM2,475/RM100 x RM.070 x 6 bulan = RM108.00
Nota:
- *Nilai Marhum = Berat emas x Harga emas Semasa.
- Pemajakan untuk kali kedua akan diberikan nilai pinjaman 65%.70% mengikut budi bicara penaksir.
- Pegawai Agrobank akan meminta slip pembelian Kijang Emas dan pembeli asal yang namanya tertera dalam slip tersebut hanya layak memajak. Pihak ketiga tidak dibenarkan memanak Kijang Emas.
- Pegawai Agrobank diminta tidak mengunakan penyepit besi untuk menimbang Kijang Emas, supaya ia tidak calar atau kemek. Ini kerana mudah untuk Maybank buy back semula dari pembeli.
- Simpan Kijang Emas ke dalam bekas Coin Air-Tites(gambar dibawah) untuk mengelakkan ia dari rosak.
Terima Kasih kepada Cik Rina Los, Client Services dari AgroBank cawangan Bintulu atas penerangan di atas secara lisan.