Monday, January 31, 2011

Agrobank Arahnu : Pengiraan

Cara Pengiraan Kijang Emas ke dalam Agrobank Arahnu.

Bagi emas 999, 24 karat, harga pajak segram adalah RM165(Jan2011)

Contoh bagi individu yang pertama kali memajak emas di Agrobank, peratus pinjaman yang akan diberikan adalah 50% dari nilai marhum*
Bagi Kijang Emas 1/2oz @15grm(secara kasar ambil 15grm)
Nilai Marhum* = 15grm x RM165 = RM2,475
Nilai Pinjaman = Nilai Marhum* x 50% = RM1238.00
Upah simpanan bagi 6 bulan pertama (boleh dilanjutkan ke 3 bulan dan seterusnya 2 bulan)
= Nilai Marhum/RM100 x RM0.50 x 6 bulan (bagi pelanggan pertama kali)
= RM2,475/RM100 x RM.050 x 6 bulan = RM78.00

= Nilai Marhum/RM100 x RM0.65 x 6 bulan (bagi pelanggan yang datang kali kedua)
= RM2,475/RM100 x RM.065 x 6 bulan = RM102.00

= Nilai Marhum/RM100 x RM0.70 x 6 bulan (bagi pelanggan yang datang kali ketiga)
= RM2,475/RM100 x RM.070 x 6 bulan = RM108.00

Nota:
  • *Nilai Marhum = Berat emas x Harga emas Semasa.
  • Pemajakan untuk kali kedua akan diberikan nilai pinjaman 65%.70% mengikut budi bicara penaksir.
  • Pegawai Agrobank akan meminta slip pembelian Kijang Emas dan pembeli asal yang namanya tertera dalam slip tersebut hanya layak memajak. Pihak ketiga tidak dibenarkan memanak Kijang Emas.
  • Pegawai Agrobank diminta tidak mengunakan penyepit besi untuk menimbang Kijang Emas, supaya ia tidak calar atau kemek. Ini kerana mudah untuk Maybank buy back semula dari pembeli. 
  • Simpan Kijang Emas ke dalam bekas Coin Air-Tites(gambar dibawah) untuk mengelakkan ia dari rosak.

Terima Kasih kepada Cik Rina Los, Client Services dari AgroBank cawangan Bintulu atas penerangan di atas secara lisan.

No comments:

Post a Comment